Tuesday, December 7, 2010

Tesis oOOoo Tesis...

Tesis...apakah tajukmu? puas aku mikirin (padahal x pk sgt pon..hahaha)...walaupon x pk tp aku risau jugak...haishh nk buat tajuk ape nie Oooiii...mase tinggal 2 minggu lagi nk balik kl..adoiii..masak masak...maen masak masak lagi best..masak lemak cili memang feveret aku...aku da start mengarut nie...hehe sory ;p


Kembali kepada tesis tadi... 
EEEeee...nk buat tajuk ape nie??? ....kalo boleh aku nk buat tajuk berkaitan pencemaran dan kesannya kpd penduduk setempat..al maklumlaa..aku ni budak EIA...mesti korang x tau kan EIA tu ape...EIA tu adalah Environmental Impact Assessesment..haaa...tu la die...aik, x tau lagi apekebende tu?? ok meh aku terangkan...

EIA..

maksud :

EIA adalah suatu kajian bagi mengenalpasti, meramal dan menghuraikan akan kebaikan dan keburukan sesuatu cadangan projek pembangunan. Kajian ini perlu adanya hubungan komunikasi di antara pihak-pihak terlibat iaitu masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa bagi melicinkan keadaan.

Manakala Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mendefinisikan “EIA sebagai satu kajian mengenalpasti, meramal, menilai dan mendapatkan informasi melalui komunikasi yang dibuat terhadap pihak-pihak terlibat, yang mana ianya berkaitan dengan kesan terhadap alam sekitar yang berpunca dari cadangan projek pembangunan. Disamping itu juga, EIA juga menyenaraikan langkah-langkah mitigasi sebelum projek pembangunan berkenaan diluluskan dan beroperasi.

Jadi, EIA ni adalah suatu kajian penilaian terhadap sesuatu cadangan projek pembangunan yang akan memberi kesan kepada alam sekitar. Tapi x semua projek la kene buat report EIA ni...sebabnya, hanya 19 aktiviti projek besar yang telah termaktub dalam undang undang akan kene buat EIA..wajib tau..xde EIA ini xjalanlaa projek..kalo korang nk tau, Senarai aktiviti-aktiviti yg dimuatkan di dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-Aktiviti Disenaraikan) (Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987 ni adalah berkenaan :

(1) Pertanian
(2) Lapangan Kapalterbang
(3) Pengairan dan Saliran

(4) Tebusguna Tanah
(5) Perikanan
(6) Perhutanan
(7) Perumahan
(8) Perindustrian
(9) Infrastruktur
(10) Pelabuhan
(11) Perlombongan
(12) Petroleum
(13) Penajaan dan Pemancaran Kuasa
(14) Kuari
(15) Rangkaian Keretapic
(16) Pengangkutan
(17) Pembangunan Peranginan Dan Rekreasi
(18) Perkhidmatan Pelupusan Bahan Buangan
(19) Bekalan Air

banyakkan...pening aku nk blajar tau...jadinya, kalo nk jalankan salah satu aktiviti projek kt atas tu, kene la buat report EIA ni...pastu hantar kt Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar..kalo dorang puas hati ngan laporan tu n bakal projek tu x bnyak masalah..akan diluluskan..kalo x, xdapetla den nk nolong...

ade bnyak lagi ni pasal EIA...tp xpayahla nk terang banyak banyak..pening nanti..haa..jadinya aku nk la buat tesis berkenaan aktiviti projek yang telah dijalankan tp menimbulkan masalah kpd penduduk dan alam sekitar setempat...mane nk cari tu??? ntah..aku pon xtau jugeksss...hmmm..nntla aku mikirin balik..senak kepale otak je...tp kalo korang ade idea bagtau la aku eh..eh..eh... ;) nnt nk kene present proposal...matila cmnie :(



farra_: kekusutan melanda diriku...kusut jap je pon..hahhaa...

No comments:

Post a Comment